Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFAQs

​​

1. Di mana tempat pembuangan sisa domestik?

Biskita dapat melanggan kepada perkhidmatan syarikat-syarikat kutipan sampah rumah ke rumah yang tersenarai di bawah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Secara alternatif, biskita juga boleh membuang sisa domestik secara langsung ke pusat pembuangan sisa domestik di bawah pengurusan Jabatan ini. pusat pembuangan sisa domestik ini secara amnya terletak di sepanjang Jalan raya utama di daerah Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

 

2. Di mana tempat untuk saya membuang televisyen dan peti sejuk terpakai?

Televisyen dan peti sejuk terpakai adalah sisa-sisa besar. Biskita hanya boleh membuang sisa-sisa itu secara langsung ke syarikat kitar semula yang tersenarai di bawah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi atau membuat aturan berasingan dengan pengitar semula perseorangan untuk pengutipan.

 

3. Kepada siapa saya membuat aduan jika saya terlihat sampah sarap di merata-rata tempat?

Sila hubungi hotline Darussalam 123.

 

4. Kepada siapa saya membuat aduan jika saya terlihat kegiatan pembakaran terbuka?

Sila hubungi hotline Darussalam 123.


5. Adakah saya memerlukan permit / kebenaran untuk mengimpot gas-gas?

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi hanya akan memberikan permit / kebenaran bagi pengimpotan gas-gas di bawah bidang kuasa Protokol Montreal.

Ini kebanyakannya terdiri daripada gas penyejuk untuk rumah dan penghawa dingin mudah alih; ejen meniup buih; pelarut bagi industri elektronik dan kain; propellant bagi aerosol; sterilant bagi penggunaan pensterilan perubatan; alat pemadam api; penyembur kimia untuk tanah, penghantaran dan tujuan kuarantin; dan bahan mentah bagi sintesis kimia. 

Biskita juga perlu mendaftar di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi untuk mendapatkan persetujuan dan permit bagi pengimportan gas-gas yang disifatkan sebagai bahan-bahan menipiskan ozon (ODS)


6. Bolehkah saya mendapatkan pertolongan daripada jabatan ini bagi perkhidmatan memotong pokok-pokok di belakang rumah saya?

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi hanya dapat memotong pokok-pokok di dalam premis kerajaan dan persekitarannya atau sepanjang jalan utama yang menjejaskan keselamatan orang ramai. Ianya akan dijalankan mengikut keadaan yang tertentu​


7. Adakah saya perlu meminta kebenaran jika saya ingin berkhemah atau mengadakan aktiviti keluarga di mana-mana Taman dan Rekreasi dibawah Jabatan ini?

Ya. Biskita diperlukan untuk menghubungi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di talian 2241262 (Ketika waktu bekerja) sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum menjalankan aktiviti keluarga atau perkhemahan bagi penggunaan kemudahan-kemudahan yang diperlukan di mana-mana kawasan Taman dan Rekreasi dibawah Jabatan. Biskita dapat merujuk ke seksyen Maklumat & Pengetahuan di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di taman dan rekreasi dibawah Jabatan.