Permohonan untuk menyertai Car Boot Sale adalah terbuka untuk orang ramai melalui dua cara:
(1)
Setiap pemohon dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Bagi Penggunaan Padang Bola Sepak dan Gelanggang Futsal. Selepas itu, pemohon dikehendaki untuk mengisi borang yang telah dimuat turun dengan lengkap serta mengenal pasti kemudahan-kemudahan yang akan digunakan sama ada Padang Bola Sepak atau Gelanggang Futsal. Untuk makluman, setiap permohonan bagi menggunaan kemudahan-kemudahan ini akan dikenakan bayaran yuran sewa.
Permohonan yang lengkap dan bayaran yuran sewaan hendaklah dihantarkan kepada:
Bahagian Kewangan
Tingkat Satu
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan
Bangunan Tumasek Plaza
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA 2111
Brunei Darussalam.
Selepas menghantar borang permohonan dan pembayaran yuran sewa, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan resit pembayaran kepada Bahagian Taman dan Rekreasi di tingkat dua bagi tujuan pengesahan pembayaran dalam penggunaan padang bola sepak atau gelanggang futsal pada tarikh yang diluluskan.
ATAU
(2)
Pemohon dipersilakan datang dan isikan borang permohonan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan melalui Bahagian Taman dan Rekreasi, Tingkat 2 pada waktu pejabat. Untuk makluman, pembayaran yuran sewa akan dibuat di Bahagian Kewangan, Tingkat 1.
Nota:
Waktu Bekerja
Isnin - Khamis : 8.00 – 11.00 pagi dan 1.30 – 3.00 petang
Sabtu : 8.00 – 11.00 pagi
Waktu Bekerja Semasa Bulan Ramadhan
Isnin - Khamis : 8.00 – 11.00 pagi
Sabtu : 8.00 – 11.00 pagi