Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenyewaan Ruangan Car Boot Sale Pantai Serasa

​​​PERMOHONAN BAGI PENYEWAAN RUANGAN CAR BOOT


Permohonan untuk menyertai Car Boot Sale adalah terbuka untuk orang ramai melalui dua cara:

(1)
Setiap pemohon dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Bagi Penyewaan Ruangan Car Boot Sale. Selepas itu, pemohon dikehendaki untuk mengisi borang yang telah dimuat turun dengan lengkap. Untuk makluman, setiap permohonan akan dikenakan bayaran yuran sewa bagi satu plot.
 
Permohonan yang lengkap dan bayaran yuran sewaan hendaklah dihantarkan kepada:

Bahagian Kewangan
Tingkat Satu​
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi 
Kementerian Pembangunan
Bangunan Tumasek Plaza 
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA 2111
Brunei Darussalam.
 
Selepas menghantar borang permohonan dan pembayaran yuran sewa, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan resit pembayaran kepada Bahagian Taman dan Rekreasi di tingkat Kedua bagi proses pengesahan.​

ATAU

(2)
Pemohon dipersilakan datang dan isikan borang permohonan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan melalui Bahagian Taman dan Rekreasi, Tingkat 2 pada waktu pejabat. Untuk makluman, pembayaran yuran sewa akan dibuat di Bahagian Kewangan, Tingkat 1.

Nota:
  • Pemohon dibenarkan untuk mengikut 'Car Boot Sale' sekali atau lebih (sehingga 4 kali) dalam masa dua bulan di mana ianya akan diadakan setiap minggu kedua dan minggu keempat dalam sebulan
  • Satu plot adalah bersamaan dengan satu ruang letak kereta dengan saiz plot 6M x 6M
  • Yuran Sewa untuk satu ruangan adalah $2 setiap pendaftaran
  • Waktu Bekerja 

    Isnin - Khamis        :           8.00 – 11.00 pagi dan 1.30  – 3.00 petang

    Sabtu                    :           8.00 – 11.00 pagi

    Waktu Bekerja Semasa Bulan Ramadhan

    Isnin - Khamis        :           8.00 – 11.00 pagi  

    Sabtu                    :           8.00 – 11.00 pagi