PERMOHONAN PERMIT KEBENARAN BAGI PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN BAHAN-BAHAN YANG MENGHAKIS LAPISAN OZON
Pengimportan dan Pengeksportan Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon adalah dikawal selia di bawah Akta Kastam 2006. Di bawah akta ini, hanya pengimport / pengeksport yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan juga mempunyai permit kebenaran yang diluluskan oleh JASTRe dibenarkan untuk mengimport / mengeksport Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon mengikut kuantiti yang dinyatakan dalam permit kebenaran.
PERMIT KEBENARAN
Bagi setiap kiriman atau penghantaran Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon, pengimport / pengeksport yang berdaftar perlu memohon permit kebenaran daripada JASTRe sebelum meletakkan apa-apa pesanan dengan pengeksport atau pengimport mereka.
TATACARA
1. Pengimport dan pengeksport Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon perlu mendaftar dengan JASTRe menggunakan Borang permohonan untuk pendaftaran sebagai pembekal / pengimport / pengeksport bahan terkawal (Borang 1).
2. Setelah mendaftar, pengimport dan pengeksport bolehlah memohon permit kebenaran menggunakan Borang
Permohonan untuk mengimport bahan terkawal di bawah Protokol Montreal (Borang 2).
3. Untuk mendapatkan kebenaran, pengimport dan pengeksport dikehendaki menyediakan beberapa dokumen-dokumen
kepada pihak JASTRe seperti berikut:
a. Bukti bahawa mereka telah meimport Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon - HCFC menggunakan lesen import yang sebelumnya.
b. Mempunyai Senarai Pengedaran Bahan-Bahan yang Menghakis Lapison Ozon - HCFC yang di telah import daripada
penghantaran yang sebelumnya termasuk maklumat-maklumat seperti nama pelanggan, kuantiti yang dijual dan
nombor bilangan bekas-bekas HCFC.
c. Risalah Data Keselamatan Bahan gas yang di import.
d. Ringkasan mengimport dan maklumat pelaporan.
Sebelum diberikan kebenaran bagi permohonan permit, JASTRe akan menentukan jika kuantiti yang dipohonkan tidak melebihi kuota yang diperuntukkan kepada pihak pengimport.
JASTRe akan menggunakan Informal Prior Inform Consent (iPIC) dan perhubungan dua hala dengan pihak-pihak berkuasa negara-negara pengeksport, bagi pengesahan mengenai pendaftaran syarikat pengeksport. Setelah pengesahan di terima, Permit kebenaran akan dikeluarkan kepada pengimport tempatan.
Permit kebenaran yang dikeluarkan akan mempunyai kesahihan sama ada tiga bulan selepas pengeluaran atau 31 Disember pada tahun permit kebenaran telah dikeluarkan, bergantung kepada yang mana berlaku dahulu.
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan
Bangunan Tumasek Plaza
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA 2111
Brunei Darussalam.
Tel : 2241262 ext 403
Faks : 2241290
MUAT TURUN