Seperti yang dinyatakan dalam Environmental Protection and Management Order (EPMO), 2016, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap individu ataupun pemohon, yang bercadang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan seperti mana yang dinyatakan dalam First Schedule, untuk mengemukakan Written Notification kepada pihak berkuasa sebelum menjalankan apa-apa aktiviti itu. Pemberitahuan atau Notis secara bertulis ini hendaklah disertakan dengan maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki dalam Second Schedule, bersama-sama dengan Matrix Kandungan EPMO yang lengkap.
Pemberitahuan Secara bertulis serta dokumen-dokumen yang diisikan dengan lengkap seperti Matrix-Matrix Pemberitahuan hendaklah dihantar dalam bentuk:
- Satu (1) Salinan Keras (Hardcopy) kepada:
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan
Tingkat 4, Bangunan Tumasek Plaza
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA2111
Negara Brunei Darussalam
U/P: Ketua Bahagian Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar
Sila ambil perhatian bahawa tiada individu atau pemohon pun yang dapat menjalankan apa-apa aktiviti-aktiviti yang ditetapkan sehingga mereka menerima maklum balas daripada Pihak Berkuasa.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DAPAT DIMUAT TURUN
- Environmental Protection and Management Order 2016 (EPMO2016) – Teks
- Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe): Template Matrix Kandungan EPMO